Dalam perlawanan hari ini, Perak mendahului seawal minit ketiga hasil jaringan Gilmar da Silva yang merembat deras setelah mendapat bola hantar Shahrul Mohd. Saad.

Gilmar meledak meledak gol kedua pasukannya apabila menanduk bola sepakan bebas Mohd. Nazrin Mohd. Nawi pada minit ke-63.

Pasukan tuan rumah semakin selesa mendahului apabila Kenny Pallraj menjaringkan gol ketiga setelah pantas membuat susulan bola yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Pahang, Wan Muhammad Azraie Wan Teh  pada minit ke-77.

Mohd. Nazrin menamatkan sisa peluang pasukan Pahang untuk bangkit dengan menjaringkan gol keempat pada minit ke-90.

Sebelum ini, Perak tewas 1-3 kepada Pahang dalam perlawanan suku akhir pertama di Kuantan. - UTUSAN ONLINE