Salim Parlan

Pengurus pasukan olahraga negara bagi KL2017, Datuk Salim Parlan berkata, sokongan penonton di laman sendiri sangat penting memandangkan atlet tersebut bakal kehilangan banyak tenaga demi mengharumkan nama negara.

“Saya sangat berharapkan sokongan rakyat. Kita dah siapkan Stadium Nasional bernilai ratusan juta ringgit. Saya harap ramai yang akan datang membanjiri stadium.

“Sukan olahraga ini banyak menggunakan tenaga. Pada penghujung garisan penamat, mereka memerlukan sorakan dan tepukan gemuruh daripada rakyat Malaysia. Ini tempat kita, jangan sampai orang lain yang membanjirinya,” kata Salim ketika ditemui di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini

Terdahulu, skuad olahraga kebangsaan menerima kunjungan daripada Chef de Mission, Datuk Marina Chin yang juga bekas pelari pecut negara.

Dalam pada itu, Marina merayu kepada orang ramai agar tidak memperbesarkan isu pengguguran salah seorang ahli Kuartet 4x100 meter wanita, S. Komalam Shally pada KL2017.

Katanya, keputusan telah disuarakan dan ruang harus diberikan kepada para atlet untuk fokus menjelang temasya itu nanti

“Saya berharap pihak di luar sana tidak memanjangkan isu terbabit kerana tindakan tersebut mengganggu tumpuan atlet.