Kekecewaan jelas terpancar di wajah Buffon terutama dalam memenuhi hasratnya beraksi pada Piala Dunia terakhir dalam kariernya selepas 20 tahun menabur bakti sebagai penjaga gawang buat juara dunia empat kali itu.

Sepanjang kariernya, Buffon pernah sekali berjaya membantu Itali muncul juara pada Piala Dunia 2006 di Jerman. Namun hari ini Itali gagal layak buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun selepas tewas menerusi agregat 0-1 kepada Sweden pada aksi playoff Zon Eropah sekaligus mendorong Buffon menggantung butnya lebih awal. - AFP