Perkara tersebut ditegaskan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi sewaktu majlis penghargaan kakitangan ISN, di sini hari ini.

Sejumlah 87 kakitangan ISN berstatus kontrak tidak disambung semula dan 14 cawangan dikecilkan menjadi lima zon sahaja.

Kata Abdul Azim, langkah tersebut dibuat bagi mengekalkan kakitangan yang serba boleh selain memastikan mereka yang perlu sahaja terus bersama badan sukan berkenaan.

"Keperluan kakitangan kami amat mencukupi dan tiada keperluan untuk menambah jumlah sedia ada.

"Dalam masa sama pengurangan kakitangan ini juga tidak menjejaskan persediaan menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis tersebut, sebentar tadi.

Sebelum ini ISN mengambil ramai kakitangan berstatus kontrak bagi persediaan menghadapi Sukan SEA Ke-29 yang tamat pada 31 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE