Para penulis kajian itu, yang melukan soal selidik terhadap 1,800 atlet dalam Kejohanan Dunia 2011 di Korea Selatan, telah diarah menandatangani perjanjian kerahsiaan sebulan selepas maklumat tersebut dikumpul dan dianalisis, kata akhbar itu.

Pendedahan ini adalah tamparan terbaru buat sukan olahraga beberapa hari menjelang Kejohanan Dunia yang akan bermula di Beijing, Sabtu ini.

Dalam siasatan awal yang dijalankan ARD/WDR dan Sunday Times, lebih 800 atlet yang diuji antara tahun 2001 dan 2012 mempunyai keputusan ujian mencurigakan, tetapi tiada tindakan susulan diambil IAAF.

IAAF hanya mengenakan tindakan disiplin terhadap 28 atlet selepas menguji semula sampel air kencing mereka pada Kejohanan Dunia 2005 dan 2007 menggunakan teknologi baharu yang mampu mendedahkan bahan-bahan terlarang yang selama ini sukar dikesan.

Kajian tersebut telah dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Tuebingen di Jerman.– REUTERS