Ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi mengetuai kecemerlangan pasukan negara dengan menyumbang satu emas menerusi palang bertingkat wanita, satu perak dan satu gangsa menerusi acara individu.

Dalam pada itu, Tan Ing Yueh juga turut meraih dua perak dan satu gangsa acara berpasukan bersama Farah manakala gimnas lelaki, Tan Fu Jie dan Jeremiah Loo masing-masing merangkul gangsa.

Farah, 25, berkata pengalaman yang menakjubkan di Ukraine dan kejayaan ini tidak akan diperolehi tanpa kepercayaan jurulatih serta sokongan rakan sepasukan.

“Ia sesuatu pengalaman yang menakjubkan di Ukraine. Saya tidak boleh melakukan ini tanpa jurulatih Nataliya yang selalu memberi galakan untuk memberikan yang terbaik dan percayakan saya.

“Tidak lupa sokongan daripada rakan sepasukan, pihak MSN dan semua yang sentiasa menyokong saya,”katanya menerusi coretan di Instagram @ farahann94.- UTUSAN ONLINE