Menjelang kejohanan dunia terakhir buat Bolt di London pada Ogos ini, catatan yang dibuat De Grasse itu adalah yang paling pantas dalam acara 100 meter tahun ini tetapi diiktiraf dengan bantuan angin.

Bolt dari Jamaica masih memegang rekod dunia acara itu dengan catatan 9.58 saat yang dilakukannya pada kejohanan dunia 2009 di Berlin, Jerman. - Reuters