Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penang Free juara Piala Ketua Pengarah Pelajaran

PEMAIN Penang Free School gembira apabila menjadi juara Cabaran
PEMAIN Penang Free School gembira apabila menjadi juara Cabaran Projek Kriket Nasional sekali gus memenangi Piala Ketua Pengarah Pelajaran dengan mengatasi SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang di Bayuemas Oval, Klang semalam.

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Penang Free School kembali menjuarai Cabaran Projek Kriket Nasional sekali gus merangkul Piala Ketua Pengarah Pelajaran apabila me­ngatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang dalam perlawanan akhir di Bayuemas Oval dekat sini hari ini.

Penang Free School, juara tahun 2007 hingga 2011, bukan memenangi perlawanan secara mutlak tetapi merangkul gelaran juara setelah mendahului ining pertama babak akhir.

Memukul pada hari pertama semalam, Penang Free School me­lakukan 126 larian manakala lawan dari Gua Musang memukul setakat 34. Kemudian dalam ining kedua, pasukan dari Utara itu membuat 132 untuk enam wiket. SMK Tengku Indra Petra pula gagal mengejar sasaran dan hanya bertahan setakat 68-8 dalam 26 over.

“Apa pun saya gembira de­ngan persembahan Penang Free School dan yang penting dalam peraturan pertandingan, kami menang,” kata Pengetua Penang Free School, Omar Rashid.

Pengetua SMK Tengku Indra Petra, Sauki Hussin berkata bahawa sekolahnya berazam me­nguasai pertandingan pada musim akan datang.

“Tahun ini merupakan penampilan pertama sekolah kami dalam babak akhir,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain