Ginney Chew
Ginney Chew

Malah menurut Pengarah ECK Development Sdn. Bhd., Puan Seri Ginney Chew, pihaknya tidak teragak-agak untuk mempertimbangkan semula penajaan mereka jika isu berkenaan berterusan dimainkan  sehingga menjejaskan usaha pembangunan sukan itu di negeri ini.

Tambahnya, selaku penaja utama KFA, beliau meminta dengan sepenuh hati agar Ahmad Bashah terus kekal sebagai Presiden KFA.

“Tiada orang lain yang lebih layak menduduki jawatan berkenaan melainkan beliau. Menteri Besar menjalankan tugasnya selaku Presiden KFA dengan cemerlang, dengan pengurusan berjalan lancar dan kebajikan pemain sentiasa diambil berat.

“Beliau juga berusaha mencari penaja bagi memastikan kewangan pasukan tidak terganggu. Sekiranya beliau berhasrat melepaskan jawatan Presiden KFA, ECK Development Sdn.Bhd. juga akan membuat pertimbangan semula untuk meneruskan dana pada KFA,”katanya di sini hari ini.

Katanya sebagai penaja utama, beliau memerhati dengan teliti perkembangan KFA sejak syarikat itu menjadi penaja utama skuad Lang Merah pada tahun ini.

“Saya amat mengambil berat tentang apa-apa yang berlaku kepada skuad berkenaan sehingga saya menganggap bola sepak Kedah sebagai satu lagi “passion” dalam kehidupan saya.

“Apabila timbulnya isu sorakan negatif atau boooo semasa Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017 mahupun desakan supaya  Datuk Seri Ahmad Bashah melepaskan jawatan selaku Presiden KFA saya menjadi amat terguris.

“Saya amat kecewa perkara itu berlaku terhadap Menteri Besar yang saya kenali sangat sayang pasukan Lang Merah dan beliau tidak pernah jemu memberi sokongan sepenuh hati terhadap pasukan hijau kuning itu,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya mempercayai Menteri Besar tersebut berusaha keras untuk membangunkan bola sepak Kedah sejak memegang jawatan Presiden KFA.-UTUSAN ONLINE