Menurut Ruslan, pemandu berkenaan membuat laporan itu di Balai Polis Subang dan telah dibawa ke Balai Polis Kuala Sela­ngor untuk disiasat lebih lanjut.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu berkenaan, yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda To­yota Hilux, mahu menukar lorong ke susur keluar Bandar Tasik Puteri dan telah melanggar kumpulan pelumba itu, termasuk pegawai dan pengiring mereka yang ketika itu berada di lorong tengah.

Kemalangan itu menyebabkan dua atlet para, dua pelumba pe­ngiring (pilot) dan seorang jurulatih mereka cedera.

“Empat atlet yang menunggang dua buah basikal jenis Tandem dan seorang jurulatih yang menaiki motosikal dari Ijok menuju ke Rawang menunggang di lorong tengah.

“Bagaimanapun, pemandu pa­cuan empat roda itu tidak memberhentikan kenderaan selepas merempuh mangsa sebaliknya terus beredar, namun telah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru Subang.

“Pemandu terbabit akan dibawa ke Balai Polis Kuala Selangor untuk tindakan lanjut,” kata Ruslan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ruslan menjelaskan, sesi latihan tersebut melibatkan tujuh atlet dan masing-masing seorang jurulatih dan pe­ngurus.