Danilovic muncul pemain pertama yang dilahirkan pada era 2000-an berjaya merangkul kejua­raan dalam kalendar Jelajah WTA dengan memenangi Piala Moscow River di Rusia, semalam.

Pemain berusia 17 tahun itu mengetepikan cabaran bintang tuan rumah, Anastasia Potapova 7-5, 6-7 (1/7), 6-4 untuk kejuaraan pertamanya.

Sementara itu, kedudukan 10 pemain wanita terbaik dunia tidak berubah dengan bintang Romania, Simona Halep terus mengetuai senarai, diikuti Carolina Wozniacki (Denmark), Sloane Stephens (Amerika Syarikat), Angelique Kerber (Jerman), Elina Svitolina (Ukraine), Caroline Garcia (Perancis), Garbine Muguruza (Sepanyol), Petra Kvitova dan Karolina Pliskova (Republik Czech) serta Julia Goerges dari Jerman. – APF