Presiden Persatuan Bola Keranjang Jepun (JBA), Yuko Mitsuya hari ini meminta maaf sebelum membuat pengumuman itu, malah memberitahu, gajinya akan dipotong 10 peratus selama tiga bulan, manakala gaji tiga lagi pegawai JBA dipotong dalam jumlah yang sama selama dua bulan.

Takuya Hashimoto, Keita Imamura, Yuya Nagayoshi serta Takuma Sato dihantar pulang pada 20 Ogos lalu, manakala kad akreditasi mereka ditarik balik oleh Jawatankuasa Olimpik Jepun selepas didapati bermalam bersama wanita di sebuah hotel di Jakarta.

Keempat-empat pemain memakai baju Jepun ketika mendapatkan khidmat pelacur selepas makan dan minum di kawasan hiburan di Jakarta. - AGENSI