Ketiga-tiga mereka yang beraksi dalam kelas laser radial lelaki, optimist lelaki dan optimist wanita jelas tidak berdepan masalah kerana telah mendahului sejak dari awal perlumbaan beberapa hari lalu, biar pun ada dalam kalangan pencabar pernah beraksi di peringkat lebih tinggi termasuk Olimpik.

Mengulas perkara itu, pengurus pasukan, Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan berkata, kejayaan tersebut amat membanggakan kerana rata-rata penyumbang pingat emas negara terdiri daripada atlet muda yang ada antaranya masih bersekolah.

“Tiga daripada enam pingat emas yang kita genggam hadir daripada kelas optimist yang disertai atlet berusia 16 tahun ke bawah. Tiga lagi datangnya daripada mereka yang berusia awal 20-an.

Tiga lagi pingat emas negara diperoleh menerusi acara optimist berpasukan, Int. 470 lelaki dan Int. 420 lelaki.

Sementara itu, Muhamad Fauzi menganggap kejayaannya mengekalkan dua emas dalam acara optimist berpasukan dan individu lelaki adalah sesuatu yang amat menggembirakan.