Pasukan UiTM menampilkan aksi cemerlang seawal peringkat kumpulan dengan menundukkan Phoenix RC dengan 38-0, MRSM Kuching 28-0 dan UniMAS 15-0.

Aksi separuh akhir menyaksikan UiTM sekali lagi menewaskan UniMAS sebelum menewaskan UPM Angles 7-5 di pentas final.

Kejohanan itu merupakan yang pertama disertai pasukan ragbi wanita UiTM pada tahun ini dan ia juga menjadi medan untuk mencari bakat-bakat di cawangan Sarawak bagi mewakili institusi itu ke Kejohanan Institut Pengajian Tinggi serta kejohanan terbuka.-UTUSAN ONLINE