Bekas pemain kebangsaan pada 1999 hingga 2010 itu berkata dia hanya mensasarkan kelompok empat pasukan terakhir namun selepas berjaya mara ke perlawanan akhir pemenang pingat perak Sukan Asia 2006 itu mengharapkan kejuaraan sulung buat pasukannya.

PEMAIN SSM Terengganu (dari kiri) Md. Nor Amirul Zarawi, Md. Fareez
Mohd. Futra Abd. Ghani

“Pemain yang saya hantar ini semuanya berumur 15 tahun dan sebab itu saya tidak menjangkakan kami dapat mara ke perlawanan akhir kerana kebanyakan pasukan majoritinya diwakili pemain berusia 16 tahun.

“Apabila saya melihat pemain dapat memberikan tentangan sengit kepada lawan di peringkat separuh akhir secara tidak langsung tahap keyakinan saya tinggi untuk menjuarai Kategori B-16 walaupun saya tahu cabaran di pentas akhir pastinya sukar,” katanya di sini hari ini.

SSMT A mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Pusat Latihan Daerah (PLD) Tanah Merah B 21-16, 21-17 dan mereka akan bertemu DFZ B di pusat beli-belah Quill City, Kuala Lumpur esok.

DFZ B mara ke perlawanan akhir selepas DFZ D memberi kemenangan percuma memandangkan mereka daripada pasukan yang sama.

Tambah pengendali berusia 34 tahun itu lagi, dia berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya dan apabila berjaya membantu pasukan mara ke pentas akhir.

“Persiapan kami untuk menghadapi kejohanan ini amat singkat dan berbekalkan pengalaman yang ada saya dapat membantu mereka mara ke perlawanan a­khir,” katanya.