Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Unggah Embas berkata, insentif tersebut telah diputuskan kerajaan negeri atas kejayaan beliau yang menyumbang pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio 2016 baru-baru ini.

“Selain itu, Pusat Akuatik Negeri akan dinamakan sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong dengan harapan lebih ramai anak-anak muda lelaki dan wanita mengikuti jejaknya dalam menyumbang lebih banyak pingat di masa hadapan,” katanya pada Majlis Meraikan Pandelela Rinong Pamg di Dewan Suarah hari ini. - UTUSAN ONLINE