Pandelela Rinong

Sejauh mana atlet kelahiran Sarawak itu mampu meng­ulangi percapaian pingat gangsa yang dimenanginya pada O­limpik London 2012 semuanya bergantung kepada prestasi ketika temasya itu berlangsung kerana sukar untuk penerjun mencongak peluang mencapai pingat, tegas Pandelela.

Penerjun berusia 22 tahun itu menjelaskan sukan terjun merupakan sukan subjektif di mana sukar untuk meramalkan kemampuan meraih pi­ngat terlalu awal.

“Saya tidak pasti mengenai peluang meraih pingat Olimpik nanti kerana terjun merupakan sukan subjektif. Apapun boleh terjadi tetapi prestasi saya sekarang ada kemajuan berbanding empat tahun dahulu. Yang penting saya hanya fikir buat yang terbaik dalam Olimpik nanti dan tidak terlalu memikirkan soal pingat,” jelasnya.

Dalam acara final 10 meter platform individu wanita itu China membuktikan kejaguhan mereka apabila meraih pingat emas dan perak menerusi Ren Qian yang mengumpul mata keseluruhan 454.65 dan Si Yajie 412.80.

Melissa Wu dari Australia meraih gangsa dengan mengumpul mata keseluruhan 380.50 manakala Pandelela terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan mengumpul 350.50.

Mengulas mengenai persembahannya dalam acara kegemarannya itu, dia me­ngakui bahawa penerjun dari China dan Australia berada dalam prestasi terbaik dan keadaan cuaca tidak menentu juga memberi cabaran kepada penerjun.

“Semalam prestasi saya ok... cuma dalam terjunan terakhir saya ada melakukan sedikit kesilapan menyebabkan peluang meraih gangsa dirampas oleh penerjun Australia itu. Keada­an hujan petir di sini(Brazil) juga memberi cabaran kepada penerjun.

“Namun apa yang penting venue yang sama juga akan digunakan dalam Olimpik Ogos nanti dan bagus berada di sini (Pusat Akuatik Maria Lenk) sekarang sebagai persediaan menjelang temasya terbesar dunia itu,” katanya.