Mun Yee & Pandelela
Leong Mun Yee (kanan) dan Pandelela Rinong (kiri) sewaktu memenangi pingat emas acara 10m platform seirama pada Sukan SEA 2009 di Laos.

Pandelela, yang kembali berganding dengan Mun Yee di gelanggang sama sejak kali terakhir tampil bersama ketika Kejohanan Akuatik Dunia Julai lalu, berjaya mengumpulkan 303.42 mata.

Ini adalah pingat gangsa kedua mereka dalam Siri Terjun Dunia FINA selepas menduduki tempat ketiga di Beijing China Mac lepas, iaitu pusingan pembukaan siri kejohanan yang membabitkan empat pusingan.

Pandelela dan Mun Yee sekadar menduduki tempat keempat dalam dua pusingan sebelum ini di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu dan Windsor, Kanada.

Sementara itu, gandingan dari China, Chen Roulin-Liu Huixia muncul juara dengan mengumpulkan 340.50 mata manakala Roseline Filion-Meaghan Benfeito dari Kanada mendapat perak dengan 304.50 mata.

Selepas selesai semua empat pusingan dalam siri itu, gandingan negara sekadar menduduki tempat keempat dengan 78 mata manakala China teratas dengan 108 mata.

Pandelela akan meneruskan buruan pingatnya dalam acara 10m platform individu esok. – BERNAMA