Dia yang tidak kisah dengan kedudukan yang dirampas pasangan Korea Utara, Kim Kuk Hyang dan Kim Mi Rae selepas terjunan ketiga itu sebaliknya berkata, “kami memberikan tumpuan kepada terjunan kami dan apa yang perlu dibuat.

“Walaupun markah dipaparkan di seberang platform, kami tidak melihat kedudukan kami,” katanya selepas mereka meraih perak dengan mencatat 344.34 mata di Pusat Akuatik Maria Lenk di belakang juara dari China, Chen Ruolin dan Liu Huixia (354 mata)

“Saya amat gembira kerana saingannya getir dan kami mencurahkan segala yang kami pelajari dalam latihan.

“Ini baru kali ketiga kami beraksi bersama,” kata Pandelela yang sebelum ini bergandingan dengan Leong Mun Yee. - BERNAMA