Pengeluar minuman kultur probiotik terkemuka dunia, Yakult (M) Sdn. Bhd. menerusi Pengarah Urusan, Hiroshi Hamada berkata, anugerah tersebut merupakan inisiatif yang dijalankan oleh pihaknya dalam menyokong kecemerlangan sukan negara.

“Perkara ini merupakan nilai yang sangat berharga dalam diri seseorang atlet dan selaras dengan falsafah Yakult yang mementingkan kesihatan sebagai asas kepada kebahagian seseorang.

“Minuman Yakult terbukti sebagai minuman yang baik untuk meningkatkan tahap imunisasi dalam badan khususnya kepada mereka yang kerap bersukan sebagai mana kajian yang dibuat oleh beberapa universiti terkemuka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selaku pemenang anugerah tersebut, Pandelela meraih sijil penghargaan serta tajaan Yakult selama enam bulan.

Mengulas lanjut, Hiroshi Hamada berkata, Yakult boleh membantu merangsang semula aktiviti imunisasi badan bagi mengurangkan risiko jangkitan seperti selsema yang sering menyerang atlet.

“Atlet ada kalanya mudah dijangkiti selsema apabila bersukan secara intensif contohnya sebelum sesuatu pertandingan atau sebelum acara seperti larian marathon.

“Ini kerana latihan fizikal yang intensif itu menjadi beban kepada sistem imunisasi badan. Di sini Yakult boleh membantu dengan merangsang semula aktiviti imunisasi badan bagi mengurangkan risiko jangkitan seperti selsema,” ujarnya.

Penganugerahan Ikon Sukan Yakult bukanlah yang pertama oleh pengeluar minuman kultur probiotik itu dalam pembangunan sukan negara.

Yakult terdahulu pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior bagi saingan musim ini selain menjadi minuman rasmi probiotik bagi Institut Sukan Negara (ISN) yang melibatkan penajaan sebanyak 100,000 botol Yakult Ace Light setahun kepada atlet kebangsaan.

Selain itu, Yakult Malaysia juga pernah memberi anugerah seumpama itu kepada penyerang muda negara, N. Thanabalan.- UTUSAN ONLINE