Mereka memperolehi 298.80 mata, ketinggalan 37.86 mata di belakang gandingan dari China, Ren Qian dan Si Yajie yang mendominasi kelima-kelima terjunan dari awal dengan 336.66 mata untuk pingat emas.

Pingat gangsa menjadi milik Tonia Couch dan Lois Toulson dari Great Britain yang mengumpul 298.62 mata.

Nur Dhabitah digandingkan dengan Pandelela Rinong selepas Cheong Jun Hoong mengalami kecederaan tulang belakang.

Kedua-dua mereka akan meneruskan saingan dalam acara 10m platform individu pada Sabtu.

Kejohanan dari 21-23 April di Kanada itu adalah siri terakhir dalam Siri Terjun Dunia FINA untuk tahun ini. - BERNAMA