PANDELELA RINONG menjadi pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Olimpik London 2012, yang menyaksikan dia
PANDELELA RINONG menjadi pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Olimpik London 2012, yang menyaksikan dia meraih pingat gangsa.

Katanya, dua acara yang di­sertai di Pusat Akuatik Maria Lenk, Barra da Tijuca – 10 meter platform individu dan seirama meletakkan anak jati Sarawak itu berpeluang lebih cerah, berban­ding hanya satu acara tumpuan Datuk Lee Chong Wei atau Mohd. Azizulhasni Awang, dua lagi prospek emas negara.

Pandelela, pemenang gangsa Olimpik London 2012, bakal bergandingan dengan Cheong Jun Hoong dalam platform seirama manakala Chong Wei dan Azizulhasni masing-masing memburu kejuaraan perseorangan badminton dan keirin berbasikal pada temasya edisi ke-31 itu.

“Itulah peluang realistik dan paling cerah kita bagi emas O­limpik Rio. Selain itu, beregu campuran badminton, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga berpotensi sebagai penyumbang pingat sebarang warna,” katanya yang bakal menjadi pengacara utama siaran liputan Olimpik TV Astro Arena dari Rabu hingga 22 Ogos ini.

Bekas kapten hoki negara yang bermain dalam Olimpik Barcelona 1992, Atlanta 1996 dan Sydney 2000 itu ditemui pada majlis pengumuman 12 saluran berdefinisi tinggi Astro Arena selama 15 jam sehari sempena Olimpik Rio di Kompleks Kraftangan di sini hari ini.

Katanya lagi, atlet Malaysia lain wajar menjadikan ke­sempatan beraksi di Rio dengan membuat catatan peribadi terbaik walaupun kurang diberikan harapan untuk memenangi pi­ngat.

“Mereka perlu fokus dengan matlamat dan elakkan gangguan persekitaran serta kena tahu bagaimana untuk mengendalikannya. Sekalipun akan berdepan atlet terbaik dunia, penting untuk mereka mengawal emosi daripada menjadi mudah gemuruh dan kurang yakin bersaing.

“Kalau tidak, prestasi mereka yang bakal terkena kesannya. Selalu kena ingat dan jangan terlalu merendah diri kerana setiap atlet yang layak secara merit ke Olimpik merupakan mereka yang terbaik di dunia,” katanya.

Mengenai kemarau penyertaan hoki negara dalam Olimpik yang berterusan sehingga 16 tahun ini, dia mahu mereka melupakan kegagalan lalu.

“Lupakan kegagalan lalu dan kita perlu pandang ke depan dengan positif sambil fokus pelan induk baharu kita untuk layak ke Piala Dunia 2018 dan temasya Tokyo 2020,” ujarnya.