Ini adalah kemenangan ketiga buat penerjun kelahiran Sarawak itu selepas memenanginya pada 2010 dan 2012, sekali gus berkongsi rekod tiga kemenangan dengan pemain skuasy negara, Datuk Nicol David (2005, 2007 dan 2014) serta bekas perenang negara Lim Keng Liat (1998, 2002 dan 2003).

Dengan kemenangan itu, Pandelela, 23, merangkul trofi khas dan hadiah wang tunai RM10,000 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pemenang pingat gangsa platform 10 meter Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia, Julai tahun lalu itu menewaskan dua pencabar terdekat, Datuk Lee Chong Wei (naib juara Kejohanan Badminton Dunia dan juara tiga sirkit Siri Super) serta Nicol, juara Skuasy Terbuka Hong Kong, Kejohanan Asia dan Klasik Cleveland. - UTUSAN ONLINE