Kejayaan Jun Hoong dan Pandelela atau mesra dipanggil Nonong oleh mereka sekeluarga menyebabkan buruh kasar itu langsung tidak terasa penat dan bersemangat pergi bekerja menyusun jubin lantai di tempat kerjanya di sebuah gudang yang diubah suai di Jalan Bintawa di sini hari ini.

“Kami sekeluarga berjaga sepanjang malam dan langsung tidak tidur untuk memastikan tidak terlepas menyaksikan Nonong beraksi dan memberi sokongan kepadanya yang berada jauh di perantauan. Sebagai bapa, saya berasa cukup bangga dengan kejayaannya melakar sejarah dalam kejohanan sukan terbesar dunia itu,” katanya.