Atlet Terjun Negara Cheong Jun Hong (depan) dan Nur Dhabitah Sabri ketika beraksi dalam acara tiga meter papan anjal serentak di Temasya Sukan Olimpik Rio 2016 di Maria Lenk Aquatics Centre, Rio De Janeiro. Pasangan negara ini hanya menduduki tempat kelima dengan kutipan mata keseluruhan 293.40.- BERNAMA

Cheong Jun Hoong dan Nir Dhabitah Sabri bermula baik sehingga terjunan ketiga tetapi gagal mengekalkan rentak itu pada dua terjunan terakhir yang menyebabkan mereka terlepas pingat gangsa.

Mereka mencipta mata keseluruhan 293.40 selepas menduduki tempat ketiga di belakang China dan Itali di pusat akuatik Maria Lwenk.

Perenang China, Shi Ting Mao dan Wu Min Xia memperoleh emas dengan jumlah mata keseluruhan 345.60 sementara pasangan Itali, Tania Cagnotto dan Francesca Dallape berada di tempat kedua sepanjang lima terjunan pertama untuk merangkul pingat perak dengan memungut 313.83 mata.

Pasangan Australia, Maddison Keeney dan Anabelle Smith membuat terjunan baik pada terjunan keempat dan kelima untuk memperoleh pingat gangsa dengan 299.19 mata.

Jun Hong mengaku beliau melakukan kesilapan dalam terjunan keempat yang menyebabkan beliau dan rakannya jatuh ke tempat keempat daripada tempat ketiga secara keseluruhan.

Jun Hong akan berpasangan dengan ratu terjun negara, Pandelela Rinong dalam acara 10m platform serentak esok.

Sementara itu, Nur Dhabitah berkata, beliau gembira kerana layak ke olimpik dan akan memberi yang terbaik dalam acara 10m platform individu pada 18 Ogos ini.

Pasangan tersebut bermula baik dan berada di tempat ketiga bersama pasangan Great Britain's selepas dua terjunan pertama.

Selepas terjunan ketiga, pasangan negara hampir merangkul pingat gangsa tetapi jatuh ke tempat keempat di belakang pasangan Kanada, Jenifer Abel dan Pamela Ware dan mengakhiri terjunan di tempat kelima selepas terjunan terakhir.

China dan Itali masing-masing kekal di tempat pertama dan kedua sejak di permulaan terjunan lagi.- BERNAMA