Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Olahraga tunjuk petanda positif

PUTRAJAYA 20 Mac – Skuad olahraga negara seakan memberikan petanda awal bahawa mereka bakal menjadi pencabar utama dalam Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur pada 19 hingga 31 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan beberapa prestasi atlet yang agak baik menjelang temasya dwitahunan tersebut, beliau berharap ia menjadi satu petanda positif untuk olahraga negara.

“Satu lagi kejayaan untuk arena olahraga negara. Bukan hanya kepada acara lompat tiggi wanita, tetapi daripada beberapa pres­tasi yang agak baik kebelakangan ini.

“Kita telah mencapai antara prestasi paling buruk dalam Sukan SEA 2015 Singapura, dan ramai yang ingin melihat kebangkitan semula skuad olahraga. Saya harap dapat bermula di sini nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung kejayaan atlet lompat tinggi wanita negara, Yap Sean Yee yang memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dengan catatan baharu 1.81 meter (m) dalam Kejohanan Lompatan, Balingan dan Jarak Sederhana Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan semalam.

Sebelum itu, ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli muncul wanita terpantas negara apabila meleburkan rekod 24 tahun acara 100 meter dalam Liga AGN 7 di Pretoria, Afrika Selatan, 9 Mac lalu.

Atlet berusia 24 tahun itu melakar catatan masa 11.45 saat dengan bantuan angin 0.4 saat, sekali gus memadam rekod terdahulu iaitu 11.50 saat dicatat G. Shanti dalam Kejohanan Pra-Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.

Dalam pada itu, Khairy turut memberitahu, penajaan untuk Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan, atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran sebenar iaitu RM80 juta.

Jelasnya, setakat ini penajaan terkumpul sudah mencapai hampir 85 peratus bersamaan RM68 juta daripada jumlah sasaran RM80 juta.

“Saya percaya dan yakin, menerusi usaha yang dijalankan pihak Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) KL 2017, kita akan mencapai sasaran sebelum bermula temasya tersebut.

“Kita telah mencapai 97 peratus daripada segi perkhidmatan dan produk, selain sudah mencapai 66 peratus daripada segi penajaan wang tunai,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain