Emas pertama hadir melalui Eddy Bernard yang mengungguli acara lompat jauh T37 (cerebral palsy) lelaki.

Eddy, 16 tahun memenangi saingan akhir acara tersebut selepas mencatat jarak lompatan sejauh 5.76 meter (m).

Satu lagi emas hadir melalui K. Hemala Devi Eni dari acara melontar peluru F11/12 (masalah penglihatan), apabila beliau mencatat jarak lontaran sejauh 10.09 meter menewaskan atlet Brunei, Dayang Nor Hensan Awang Mataha yang mencatat 7.79m untuk tempat kedua. - UTUSAN ONLINE