Bukan itu sahaja, atlet lempar cakera, Muhammad Irfan Sham­suddin juga menunjukkan kehebatannya apabila berjaya memperbaharui tiga rekod kebangsaan dalam tempoh seminggu.

Mat Sport
Mat Sport

Bagi Mat, ini menunjukkan olahraga negara telah mencapai satu tahap yang membanggakan sekali gus menguatkan keyakinan mampu menguasai pentas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur Ogos ini.

Dalam masa sama Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kini perlu lebih berani dalam meletakkan sasaran lebih tinggi menjelang Sukan SEA 2017 seperti mana keberanian dipamerkan oleh atlet-atlet mereka dalam memperbaharui rekod kebangsaan.

Ketika ini pingat emas olahraga yang pasti berada dalam genggaman Malaysia ialah menerusi acara lompat tinggi lelaki, lempar cakera lelaki dan lompat kijang lelaki namun Mat percaya Malaysia mampu meraih lebih daripada jumlah tersebut.

Mat berpendapat acara trek seperti pecut 100 meter lelaki dan wanita mempunyai keupayaan menghadiahkan pingat emas begitu juga 110m lari berpagar menerusi atletnya Rayzam dan itu belum lagi acara relay yang sudah menunjukkan peningkatan positif manakala dalam acara padang pula baling tukul besi menerusi Jackie Wong turut berpotensi bagi menghadiahkan pingat emas.

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim yang juga Ahli Majlis Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) harus meletakkan sasaran yang lebih tinggi dalam Sukan SEA 2017 tambahan pula olahraga adalah lubuk pingat selepas akuatik.

Mat cabar KOM untuk meletakkan sekurang-kurangnya 10 pingat emas atau lebih dalam Sukan SEA, Ogos ini, ada berani?