Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Obor KL2017 ‘menyelam’ di Pulau Perhentian

Rozi MAMAT (kiri) dan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Kementerian
ROZI MAMAT (kiri) dan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Mazlan Abdul Mutalib memegang Obor KL2017 ketika menyelam di Coral View di Pulau Perhentian, Terengganu semalam.

DUNGUN 17 Julai – Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang dianjurkan bersempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN memulakan siri jelajah di Terengganu dengan gimik unik apabila turun ke dasar lautan, hari ini.

Obor KL2017 dibawa menyelam ke tapak menyelam Coral View, Pulau Perhentian dan disertai sebanyak 15 individu yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat.

“Acara menyelam ini merupakan satu lagi titik bersejarah dalam siri Larian Obor KL2017 kerana buat julung kalinya aktiviti seperti ini dilakukan.

“Selepas acara gimik tersebut selesai, Larian Obor KL2017 diteruskan dari Jeti Kuala Besut ke Pejabat Daerah Besut sejauh 5.2 kilometer dan merupakan kesinambungan daripada la­rian di Kelantan yang berakhir semalam,” kata Jawatankuasa Pengelola KL2017 dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Obor KL2017 telah diserahkan oleh wakil Kelantan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Datuk Zawawi Othman kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman di Dataran Muara Kuala Besut.

Acara itu merupakan permulaan bagi Larian Obor KL2017 di Terengganu yang akan berlangsung hingga Isnin depan, melalui daerah-daerah utama seperti Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman sebelum diteruskan di Pahang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain