Nishikori menjadikan rekod pertemuan terhadap Anderson kepada 4-1 dan mara ke peringkat separuh akhir.

“Tidak begitu banyak peluang saya turun dengan mata akhir dan menang. Jadi, ia amat menakjubkan buat saya.

“Dia mempunyai lebih peluang tetapi saya melakukan pukulan servis lebih baik ketika penghujung permainan. Amat penting memenangi perlawanan seumpama ini,” katanya.

Nishikori akan bertemu pemain pusingan kelayakan, Mischa Zverev dari Jerman yang menyingkirkan pilihan kelima dari Amerika Syarikat, Steve Johnson 6-4, 7-5.

Dalam pada itu, pilihan utama kejohanan, Stan Wawrinka tewas di set pertama sebelum bangkit untuk menewaskan Sam Querrey dengan meraih kemenangan 4-6, 7-5, 6-2.

Bintang Switzerland itu akan bertemu Andrey Kuznetsov dari Russia yang menundukkan Cedrik-Marcel Stebe 6-2, 1-6, 7-5. - AFP