Bekas pemain No. 1 dunia itu pada awalnya berada di landasan tepat untuk melepasi halangan pertama kejohanan setelah mendahului 2-0 tetapi El Hammamy, 17, berusaha bangkit bagi menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan kedua buat kali pertama dalam kejohanan itu.

Ternyata kerja kerasnya berhasil apabila menafikan peluang Nicol mencatat kemenangan straight set. Tanpa rasa takut, El Hammamy mengumpul segala kekuatannya untuk terus mencipta kemenangan dalam set berikutnya dan berjaya menundukkan pilihan keenam Nicol 8-11, 8-11, 11-4, 11-3, 11-9 dalam masa 54 minit.

“Perlawanan ini berlangsung dengan baik sekali menentang pemain legenda seperti Nicol. Sukar untuk saya mempercayainya kerana saya telah ketinggalan 0-2 dan saya cuba untuk terus berfikir positif dengan tidak membiarkan diri saya terus dilanda kekecewaan.

“Ini merupakan kemena­ngan pertama saya ke atas pemain yang berada dalam ran­king 10 terbaik dunia dan dia bukanlah sebarang pemain kerana dia adalah Nicol. Ini satu kemenangan yang cukup hebat,” kata El Hammamy.

Pemain ke-22 dunia itu bakal berdepan seorang lagi pemain veteran Alison Waters, 33, dalam pusingan ke­dua setelah wakil England itu menewaskan Joey Chan dari Hong Kong 11-5, 11-7, 8-11, 4-11, 11-4 dalam masa 49 minit.