Nicol, bekas juara tiga kali berturut-turut dari 2012 hingga 2014 hanya mengambil masa 40 minit untuk menewaskan pemain Australia, Donna Urquhart 11-8, 11-4, 6-11 dan 11-5.

“Saya gembira untuk melepasi halangan ini selepas terpaksa berusaha keras untuk menampilkan persembahan yang baik,” Nicol yang dipetik dalam laman web www.usopensquash.com

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 34 tahun itu akan bertemu pilihan kesembilan, Annie Au esok selepas pemain Hong Kong itu mara dengan mengalahkan rakan senegara, Joey Chan, 11-3, 14-12 dan 11-9. - UTUSAN ONLINE