Ratu skuasy negara itu yang masih segar dengan kemenangan pingat emas Sukan Asia 2018 di Jakarta minggu lalu hanya memerlukan 29 minit bagi mendapatkan keputusan 11-3, 14-12, 11-9 di Shanghai.

Dalam aksi pusingan kedua hari ini, Nicol dijangka bertemu pemain No.7 dunia, Laura Massaro selepas pemain itu meraih bye ketika aksi pusingan pertama.

Dalam pertemuan terakhir mereka sebelum ini menyaksikan Massaro berjaya menewaskan Nicol dalam aksi peringkat kumpulan Siri Dunia PSA di Dubai pada tahun lalu. - UTUSAN ONLINE