Dalam saingan akhir di Doha menyaksikan Hup Wei menamatkan aksi di tempat keempat dengan catatan 2.26 meter (m) manakala Nauraj di kedudukan keenam dengan catatan 2.23m.

Pingat emas saingan akhir acara berkenaan menjadi milik Majededdin Ghazal dari Syria yang berjaya melepasi lompatan 2.31m manakala atlet Jepun, Takashi Eto di tempat kedua dengan catatan 2.29m.

Tempat ketiga menjadi milik Naoto Tobe juga dari Jepun dengan catatan ketinggian 2.26m. - UTUSAN ONLINE