Nafiizwan yang juga pemain utama negara, mara ke perlawanan kelayakan terakhir selepas menewaskan Bradley Masters dari England 8-11, 11-7, 11-3, 11-4 pada kejohanan yang diadakan di Universiti Hull.

Menurut laman web kejohanan www.britishopensquash.com, dia akan berdepan seorang lagi pemain England, Adrian Waller yang menewaskan rakan senegaranya, Patrick Rooney 11-6, 8-11, 11-3, 11-2 dalam satu lagi aksi pusingan kelayakan.

Ivan bagaimanapun, tersingkir daripada kejohanan selepas tewas kepada pemain Perancis, Gregoire Marche 11-9, 7-11, 11-7, 4-11, 2-11.

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David yang juga juara lima kali akan membuka kempennya menentang Olivia Blatchford dari Amerika Syarikat di pusingan pertama esok.

Nicol pernah menjuarai kejohanan ini pada 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014. - BERNAMA