Bintang tenis Sepanyol, Nadal dan pemenang 19 kali Grand Slam, Federer sudah lama menghuni kedudukan pertama dan kedua dalam senarai pemenang terbanyak gelaran major namun ini kali pertama sejak 2011 kedua-duanya berada di tangga satu dan dua berdasarkan kedudukan ranking.

Nadal, 31 yang mempunyai 16 gelaran Grand Slam merampas kedudukan nombor satu dunia daripada Murray seminggu sebelum memenangi Terbuka AS dan memiliki jurang mata yang besar mengatasi pemenang Terbuka Australia dan Wimbledon, Federer.

Legenda Switzerland Federer, 36 tidak berada di prestasi terbaik di New York apabila tewas kepada pemain Argentina, Juan Martin Del Potro pada peringkat lapan terakhir.

Murray pula terlepas aksi Grand Slam terakhir tahun ini itu berikutan kecederaan pinggul.

Pemain muda Jerman, Alexander Zverev melangkah ke kedudukan ranking tertinggi dalam kerjayanya di tangga keempat sekali pun tewas mengejut di pusingan kedua kepada Borna Coric di Flushing Meadows.

Pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson yang tewas dengan aksi straight set kepada Nadal di final, melonjak 17 anak tangga ke kedudukan ke-15 dunia manakala Pablo Carreno Busta yang mara ke separuh akhir berada dalam kelompok 10 terbaik buat pertama kali. - AFP

KEDUDUKAN TERBAHARU RANKING DUNIA ATP

1. Rafael Nadal (ESP) 9465 mata

2. Roger Federer (SUI) 7505 (+1)

3. Andy Murray (GBR) 6790 (-1)

4. Alexander Zverev (GER) 4470 (+2)

5. Marin Cilic (CRO) 4155 (+2)

6. Novak Djokovic (SRB) 4125 (-1)

7. Dominic Thiem (AUT) 4030 (+1)

8. Stan Wawrinka (SUI) 3690 (-4)

9. Grigor Dimitrov (BUL) 3575

10. Pablo Carreno Busta (ESP) 2855 (+9)

11. Milos Raonic (CAN) 2825

12. David Goffin (BEL) 2695 (+2)

13. Roberto Bautista Agut (ESP) 2525

14. Kei Nishikori (JPN) 2475 (-4)

15. Kevin Anderson (RSA) 2470 (+17)

16. Sam Querrey (USA) 2445 (+5)

17. John Isner (USA) 2425 (-2)

18. Jo-Wilfried Tsonga (FRA) 2375 (-6)

19. Tomas Berdych (CZE) 2355 (-1)

20. Nick Kyrgios (AUS) 2245 (-3)

*(+/-) Dalam kurungan kedudukan naik turun ranking