Kejohanan di Basel itu akan berlangsung pada minggu depan dan Nadal melalui laman sosial Facebook memberitahu dia telah dinasihatkan oleh doktor perubatan agar berehat sekali gus memaksa keputusan menarik diri dibuat.

“Saya dengan rasa sedih mengumumkan bahawa saya perlu menarik diri daripada menyertai kejohanan dalam dewan di Basel.

“Keputusan tersebut dibuat selepas merujuk dengan doktor perubatan saya di Sepanyol sebaik sahaja tiba dari Shanghai,” kata Nadal. - REUTERS