Jaguh No. 1 dunia dari Sepanyol itu terpaksa mendapatkan rawatan akibat kecederaan jari pada penghujung permainan, sebelum menang 6-4, 6-3, 6-2.

“Ia sangat menakjubkan. Saya bermain dengan baik menentang pemain yang hebat.

“Saya berdepan situasi sukar di set ketiga apabila mengalami kekejangan tangan. Ia situasi yang amat menakutkan, tetapi itulah sukan..kami semua keletihan.

“Berjaya memenangi kejuaraan ke-11 di sini adalah sesuatu yang menakjubkan dan perkara yang tidak pernah saya bayangkan selama ini,” ujar Nadal.

Nadal, 32, menyamai rekod legenda tenis Australia, Margaret Court sebagai satu-satunya pemain yang berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Perancis 11 kali.

Dia kini sudah mengumpul 17 gelaran Grand Slam, hanya tiga lagi kejuaraan untuk menyamai legenda Switzerland, Roger Federer.

Bagi Thiem, ini adalah perlawanan akhir Grand Slam pertama buatnya, rekod yang masih boleh dianggap membanggakan buat pemain berusia 24 tahun itu. - AFP