Selepas turut merangkul kejuaraan di Masters Monte Carlo dan Barcelona sebelum ini, Nadal, 30, sekali lagi menjadikan pemain muda Austria, Dominic Thiem, 23, sebagai mangsa apabila menang 7-6, 6-4 pada aksi final. Thiem juga adalah pemain sama yang ditewaskannya di final Masters Barcelona dua minggu lalu.

Kemenangan itu membolehkan Nadal tidak kalah dalam 15 aksi terbaharu kesemuanya di atas gelanggang tanah liat sekaligus kini dilihat pilihan terbaik untuk merangkul kejuaraan Grand Slam Terbuka Perancis yang akan berlangsung bulan depan. Beliau juga melonjak ke ranking keempat dunia dengan memintas Roger Federer. - AFP