Pemain No.1 dunia, Andy Murray turut mara selepas kembali daripada kecederaan siku dengan menundukkan Feliciano Lopez 6-4, 6-4.

Ia merupakan kemenangan ke-50 Nadal di kejohanan itu dan dia tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain ke-66 dunia, Anderson.

Nadal yang berjaya mematahkan servis pemain Afrika Selatan itu sebanyak dua kali berkata, cuaca hujan di Catalonia itu menyaksikan pergerakan bola agak perlahan di dalam gelanggang yang diberi nama Rafa Nadal.

Dia berharap keadaan cuaca akan menjadi lebih baik ketika aksi menentang pemain pusingan kelayakan dari Korea Selatan, Hyeon Chung.

“Bukan mudah. Dia merupakan pemain yang sangat tinggi dan berada dalam keadaan selesa ketika melakukan pukulan,” kata Nadal.

Murray yang juga pilihan utama akan berdepan sama ada Roberto Bautista Agut atau Albert Ramos-Vinolas, pemain Sepanyol yang menyingkirkannya di Monte Carlo Masters, minggu lalu. – REUTERS