“Ini bukan hari di mana saya mendapat banyak mata, kerana gelanggangnya sangat mencabar. Tetapi saya mampu melakukan servis dengan baik, bersama ketangkasan dan juga perubahan arah yang baik,” kata Nadal selepas pertandingan.

Dalam peringkat suku akhir, juara bertahan itu akan berdepan dengan pemain Korea Selatan, Hyeon Chung.

Sementara itu, Chung mara selepas mengalahkan pemain muda dari Jerman, Alexander Zverev 6-1 dan 6-4.

Dalam satu lagi perlawanan, Andy Murray turut meraih kemenangan dengan menundukkan Feliciano Lopez 6-4 dan 6-4 selepas bermain dalam tempoh dua jam.

Terdahulu, pemain nombor satu dunia itu mara ke pusingan kedua tanpa bermain kerana Bernard Tomic menarik diri akibat kecederaan.

Murray akan berdepan pemain nombor 19 dunia, Albert Ramos-Vinolas.

Sekiranya Murray dan Nadal berjaya mara dalam pusingan-pusingan seterusnya maka kedua-dua mereka akan berentap di perlawanan akhir. -AGENSI