Pemain No. 1 dunia itu terpaksa menunggu peluang ke-14 untuk menundukkan lawannya selepas Mayer memenangi set pertama.

Kemenangan Nadal, 31, ke atas pemain ke-59 dunia dari Buenos Aires itu akan mempertemukannya dengan Alexander Dolgopolov dari Ukraine dalam pusingan keempat nanti.

“Sudah tentu anda mengalami tekanan ketika melihat anda ada peluang hampir dalam setiap perlawanan namun anda tidak berupaya memanfaatkannya.

“Pada mulanya anda akan berasa gugup jika tidak mengambil peluang ini dengan baik,” ujar Nadal.

Sejurus mendahului 3-2 dalam set kedua, Nadal bermain dengan lebih baik.

“Akhirnya saya berjaya dan semuanya berubah. Saya boleh bermain dengan tenang dan melakukan serangan.

“Saya mempunyai lebih banyak pukulan di depan dan melakukannya dengan baik. Saya rasa tahap permainan saya meningkat selepas waktu rehat. Ia positif bagi saya,” kata pemain Sepanyol itu, yang hanya melakukan 13 kesalahan tidak sengaja dalam tiga set terakhir. – REUTERS