Bintang Sepanyol berusia 31 tahun itu telah mempamerkan aksi cemerlang di gelanggang tanah liat musim ini termasuk mencipta rekod menjuarai Terbuka Perancis sebanyak 10 kali pada Ahad lepas sekali gus menjadi gelaran Grand Slam ke-15 dalam kariernya.

“Saya meminta maaf kerana tidak dapat menyertai kejohanan di Queen ming­gu depan.

“Saya amat sedih untuk membuat keputusan ini kerana saya amat suka bermain di Queen dan telah memenangi kejohanan tersebut pada 2008, malah setiap kali saya melangkah ke perlawanan akhir Wimbledon adalah selepas bermain di Queen.

“Saya berharap untuk mendapatkan waktu rehat bagi persediaan terutama selepas bekerja keras di Roland Garros, pasukan saya dan doktor turut membe­ri­tahu bahawa badan saya perlu berehat sebelum Wimbledon.

“Maaf kepada semua penyokong Britain dan penganjur kejohanan.

“Saya harap dapat berjumpa anda semula di Queen tahun depan,” kata Nadal menerusi Facebook. – AFP