Namun nasib berbeza menimpa pemain pilihan keenam, Dominic Thiem apabila ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan kedua.

Nadal, yang hilang status pemain No.1 dunia selepas tumbang kepada Thiem di suku akhir Terbuka Madrid minggu lalu, kembali menemui sentuhan terbaiknya apabila mudah menundukkan Dzumhur.

“Ia sangat penting, selepas tewas di Madrid, saya kembali bangkit dengan begitu baik. Itulah yang saya lakukan hari ini,”

“Saya turun ke gelanggang dengan intensiti yang tepat. Saya tidak tahu berapa kali saya melakukan kesilapan, tetapi tidak banyak,” kata pemain berusia 31 tahun ini, yang meraih bye pada pusingan pembukaan.

Pemain Sepanyol itu mampu merampas semula gelaran nombor satu dunia daripada seterunya, Roger Federer jika berjaya menjulang trofi kelapannya di Rome, minggu ini.

Sementara itu, juara bertahan, Alexander Zverev turut mara apabila menewaskan pemain wild card dari Itali, Matteo Berrettini 7-5 6-2. - Reuters