Carreno Busta membuat keputusan itu kerana cedera, kurang sejam selepas pertarungan antara dua pemain dari Sepayol itu bermula.

Nadal, yang memburu gelaran juara untuk kali ke-10 di Roland Garros, sedang mendahului 6-2, 2-0 apabila Carreno Busta yang mendapatkan rawatan agak lama ke atas kecederaan di perut pada penghujung set pertama membuat keputusan bahawa dia tidak boleh lagi meneruskan pertarungan.

Bintang berusia 31 tahun, Nadal setakat ini hanya bermain sekitar lapan jam dan hanya kalah dalam 22 game sepanjang proses itu, untuk mara ke separuh akhir Terbuka Perancis buat kali ke-10 yang merupakan rekod terbanyak.

Dia akan bertemu sama ada juara bertahan Novak Djokovic atau Dominic Thiem. – AGENSI