Nadal dari Sepanyol menundukkan pemain muda sedang meningkat naik dari Greece, Stefanos Tsitsipas 6-2, 7-6 untuk merangkul kejuaraan kejohanan ini buat kali keempat dalam kariernya.

Selain menghalang Tsitsipas daripada memperoleh hadiah hari lahir paling bermakna semalam, Nadal, 32, juga menamatkan kemaraan luar biasa pemain berusia 20 tahun itu termasuk menewaskan Novak Djokovic, Kevin Anderson, Dominic Thiem dan Alexander Zverev sebelum ini.

Manakala Halep dari Romania mengulangi kejayaan di final Terbuka Perancis pada Jun lalu apabila sekali lagi menewaskan lawan sama dari Amerika Syarikat, Sloane Stephens 7-6, 3-6, 6-4 untuk merangkul kejuaraan kejohanan ini buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Pemain No. 1 wanita dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras termasuk menggunakan servis ace sebagai senjata untuk menjinakkan Stephens yang cuba membalas dendam kekalahannya sebelum ini. - AFP