Jaguh No. 1 dunia dari Sepanyol, Nadal mempamer aksi terbaiknya dengan menyingkirkan pemain Ukraine, Alexandr Dolgopolov 6-2, 6-4, 6-1 dalam masa satu jam, 41 minit.

Federer, 36, yang turun sebagai pilihan ketiga dan juara lima kali pula menang 6-4, 6-2, 7-5 ke atas pilihan ke-33, Philipp Kohl­schreiber dari Jerman, sekali gus menempah pertemuan dengan jaguh Argentina, Juan Martin del Potro.

Nadal, 31, yang mencatat kemenangan ke-50 dalam Terbuka AS bakal bertemu bintang remaja sensasi Rusia berusia 19 tahun, Andrey Rublev.

Rublev terdahulu melakar kejutan ke atas pilihan kesembilan, David Goffin dari Belgium 7-5, 7-6 (7/5), 6-3 untuk muncul pemain termuda berada suku akhir sejak Andy Roddick 2001.

“Dia (Kohl­schreiber) mampu menyempurnakan pukulan yang hebat tetapi kadang kala sukar diramal dengan kerap membuat kesilapan,” kata Nadal, juara Terbuka AS 2010 dan 2013.

Dalam sai­ngan wanita, Kristina Pliskova yang juga naib juara 2016 hanya memerlukan 46 minit untuk mengetepikan Jennifer Brady dari AS 6-1, 6-0 dan mara buat kali ketiga pada suku akhir Grand Slam, tahun ini.

Pemain No. 1 dunia dari Republik Czech itu bakal bertemu wakil tuan rumah, CoCo Vandeweghe yang menumpaskan Lucie Safarova 6-4, 7-6 (7/2) di suku akhir. Turut mara pilihan ke-15, Madison Keys. – AFP