Pemain No. 1 dunia dari Sepanyol itu menang 4-6, 6-3, 6-2, 6-2 selepas diberi tentangan hebat oleh Schwartzman, sekali gus menempah pertemuan dengan seorang lagi jaguh Argentina, Juan Martin del Potro pada separuh akhir.

Del Potro, pilihan kelima dan juara Terbuka Amerika Syarikat 2009 mara selepas dipaksa bekerja keras untuk mengetepikan pilihan ketiga dari Croatia, Marin Cilic 7-6 (7/5), 5-7, 6-3, 7-5.

Pemilik 16 gelaran Grand Slam, Nadal yang baru menyambut ulang tahun ke-32 pada 3 Jun lalu memegang rekod kemenangan 9-5 ke atas Del Potro, 29. - AGENSI