Pemain No.1 dunia, Nadal hanya memerlukan 63 minit ketika menewaskan Fabio Fognini untuk membolehkan dia beraksi dalam saingan suku akhir menentang pilihan keenam kejohanan Grigor Dimitrov.

Federer pula hanya mengambil masa 61 minit bagi meraih kemenangan dengan keputusan 6-4, 6-2 ketika menewaskan pemain Ukraine, Alexandr Dolgopolov.

Sementara, tempoh masa lebih lama diambil oleh pemain berpengalaman dari Argentina, Del Potro untuk bangkit sebelum menang 3-6, 7-6 (7/5), 6-4 dalam tempoh satu jam, 55 minit.

Selepas ini dalam aksi suku akhir, Del Porto di jadual menentang sama ada Viktor Troicki atau John Isner. - AFP