Angel Ruiz Cotorro mengeluarkan kenyataan itu kerana sedar ramai yang terlalu mengharapkan agar Nadal, 30, muncul dan bermain di ibu kota terbesar England itu.

“Kami sudah melakukan segalanya dan akan terus bertindak secara munasabah untuk memastikan keha­dirannya (di London),” kata Ruiz Cotorro kepada sebuah stesen radio.

Bagaimanapun, beliau masih enggan memberi jaminan sama ada Nadal dapat bermain atau pun tidak.

Nadal yang kini merupakan pemain No. 1 dunia menarik diri daripada beraksi di Masters Paris minggu lalu walaupun berjaya melayakkan diri ke suku akhir selepas menewaskan Pablo Cuevas di pusingan ketiga.

Penarikan diri pemain itu dikatakan ada kaitan dengan kecederaan lama yang berulang di lututnya dan ia semakin sakit daripada satu perlawanan ke perlawanan berikutnya. – AFP